Sunday, January 31, 2010

ANAK BERUSIA DUA TAHUN PON JADI MANGSA SUAMI BARAN???? PATUT GO TO HELL JEK LAKI CMNI...


Berita yang dipetik daripada Harian Metro, 1 Feb 2010.

DUNGUN: “Suami bukan saja bersifat panas baran apabila memukul saya dan anak, malah pernah memijak kuih yang sedang dimasak sebelum melemparkannya ke lantai.

“Perangai buruknya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan saya enam beranak hidup dalam ketakutan,” kata peniaga kuih, Norliza Awang, 39, dari Kampung Nibong, dekat sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, dia berkata, dalam kejadian terbaru pagi kelmarin, suaminya yang bekerja sebagai penarik kereta di sebuah institusi kewangan, dekat sini, bertindak seperti ‘singa kelaparan’ apabila tergamak mencekik leher serta memukul anak bongsunya, Mohd Amirul Aiman Mohd Rosli berusia dua tahun.

Katanya, dia yang menyaksikan adegan menyedihkan itu tidak dapat menahan sebak ketika melihat anak kesayangannya tercungap-cungap akibat sesak nafas selepas dicekik.

Norliza berkata, selang beberapa minit kemudian, suami kemudian melepaskan genggaman tangan di leher anaknya sebelum lari meninggalkan rumah.

“Bukan anak saja yang didera, malah saya juga pernah disimbah air panas di kaki sehingga hampir sebulan menahan kesakitan.

“Tidak cukup dengan perbuatan kejam itu, dia (suami) pernah mengkhianati dengan merosakkan kenderaan saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Katanya, dia berkenalan dengan suaminya sejak zaman persekolahan sebelum mendirikan rumah tangga atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, perangai buruk suaminya mula dilihat selepas menjadikan anak sulung berusia dua tahun ketika itu (kini berusia 19 tahun) sebagai mangsa penderaan.

Norliza berkata, selepas hampir 24 jam menemani anak bongsunya di HSNZ, suaminya ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta maaf dan menyatakan masih menyayangi keluarga.

“Dia ada menghubungi saya berulang kali tetapi saya tidak menjawab panggilannya, petang semalam.

“Saya merayu kepadanya jika tiada lagi persefahaman tolonglah ceraikan saya. Saya sudah tidak tahan lagi dengan sifat panas barannya.

“Saya bimbang keadaan mungkin akan jadi lebih teruk jika kami tinggal sebumbung,” katanya yang tidak dapat menahan kesedihan.

Katanya, susulan kejadian itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, kira-kira jam 3.30 petang, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Nor, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, sebelum kejadian, lelaki terbabit berusia 39 tahun bertengkar mulut dengan isterinya berusia 39 tahun hanya kerana perselisihan faham masalah rumah tangga sebelum suspek mengugut membawa keluar cahaya matanya itu.


Komen kuwh,

ishk2x, pe la nk jadik ngn dunia skrg... anak berusia dua tahun p0n nk dicekiknya... f0bia dgn lelaki baran nih.. si isteri tu mmg bernasib agak malang, tp jiwa nye kental cz leyh berthn untuk hidup bersame suami yg amat truk perangainya selame berbelas2x tahun.. da la kejadian nih berlaku berdekatan dengan rumah aku... sedey bile bace berite2x cmni, lelaki mcm ni, mmg xlayak p0n tuk mendirikan rumah tangga sbrnya... disebabkn jenis lelaki binatang cmni la, habis r0sak satu family.. anak-anak akan trus tertekan, dan bila anak-anak terlibat dgn masalah sosial, lelaki trus slhkan isteri cz xjg anak.. pdhl, sume berpunca drpd sikap suami yang tidak bertanggungjwb (pndai buat anak, tp xpndai jg anak. s0rry, kasar sket bahase)... kpd kaum lelaki, jgn ingt tugas s0rg ketua keluarga ni sng. if nakh0da nya xbape bt0l, cmne nk pandu kapal dgn baek dan selamat.. tp h0nestly, dlm id0p nih, nk jumpe lelaki yg bt0l2x bertanggungjwb dlm rumah tangga, sgt sikit bilangannya... walaupun tidak kelihatan si suami mendera si isteri dari segi fizikal, tetapi, kebnyakannya si isteri didera dari segi dalaman dan mental... menyebabkan si isteri mudah nyanyuk, mudah stress.. tp sib bek dgn ade nya anak2x yang memahami, ringan sket derita se0rg isteri... so, sebagai anak, cuba la memahami seorg ibu jika mereka dlm tekanan hidup. aku tulis ni bukan saje2x, ini adalah realiti hidup.. aku amat sensitif bile bercerita tentang hal2x cmni. kekdg, owg ckp aku nmpk terlalu berpk negatif pasal lelaki, tp mmg, aku fobia! MySpace time bercinta, mmg xnmpk keburukan masing2x. wlp0n org len nmpk aku ni playgirl ke ape, tp dr situ, aku sbrnya cuma mau knal lelaki yg bt0l2x bertanggungjawab dan ikhlas dgn aku. papepon, aku akan lebey berhati2x untuk memilih pasangan hidup nanti, pasangan yg boleh melindungi aku, bw aku ke jln yg lebey baek. doakn aku yek....! MySpace

No comments:

Post a Comment

CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »